Rahsia Khasiat Asid Folik(Ibu mengandung wajib baca)

Assalamualaikum…

.Entri kali ni ku tujukan kepada ibu-ibu yang sedang mengandung di luar sana, khususnya buat sahabat2 aku yang telah disahkan mengandung..Selamat memasuki fasa pertama..Alhamdulillah..semoga tabah dalam menghadapi hari-hari yang sukar

pada trimester pertama.. Bagi yang baru pertama kali mengandung, mungkin masih tiada ilmu atau maklumat mengenai penjagaan kesihatan semasa mengandung,  bolehlah merujuk entri ini @ entri yang berada di luar sana… Bak kata orang, maklumat berada di hujung jari….Haaaa…apa gunanya internet kalau tidak menggunakan untuk kegunaan diri sendiri…kan..kan..OPpss..sebelum terlupa, aku nak share sikit, gambar di bawah adalah tablet yang aku ambil semasa mengandung..Aku tak boleh makan tablet yang di beri oleh pihak hospital sebeb tak sesuai bagi aku…Aku mengalami masalah sembelit ketika mengambil tablet 4 serangkai ni…Sesapa yang mengandung mungkin tahu tablet ni…Tablet new obimin ni kita just makan sebiji jerk, 1 biji tablet obimin = 4 biji tablet dari pihak hospital..So, u all blh lah pilih mana yang u all sesuai ambil ekk…

Semoga info mengenai Asid Folik ini dapat memberi sedikit sebanyak input yang berguna untuk tatapan anda . Berikut aku kongsikan maklumat ini..

Khas buat ibu-ibu yang kini sedang membawa kandungan.

Amalkan pemakanan yang sihat bagi memenuhi semua keperluan tubuh anda dan juga bayi di dalam kandungan. Antara keperluan utama bagi ibu-ibu ini adalah Asid folik (folic acid).

Asid Folik memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi seiring dengan pembesarannya. Asid Folik juga adalah untuk tumbesaran otak bayi. Asid Folik ini merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.

Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan Asid Folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan Asid Folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi, bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor untuk mengambil vitamin dan Asid Folik yang diberikan.

Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Menurut kajian, pengambilan Asid Folik dapat membantu mencegah kemungkinan kecacatan ini 50% ke 70% daripada ianya berlaku. Allah SWT yang menentukan semuanya tetapi usaha kita mengamalkan pencegahan dan doa kita untuk anak di dalam kandungan juga perlu ada.

Asid Folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnya bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tidak dapat disingkap) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan Asid Folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan Asid Folik boleh didapati samada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan Asid Folik atau dengan pil Asid Folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 hingga 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan Asid Folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan Asid Folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

Sumber-sumber Asid Folik

Makanan berikut mengandungi Asid Folik:-
barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.
Risiko kekurangan Asid Folik

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

1. Sakit disekeliling mulut.
2. Sakit lidah.
3. Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
4. Anemia.

Kesimpulan:

Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Asid Folik boleh didapati di mana-mana farmasi.

 

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: