Rahsia Khasiat Asid Folik(Ibu mengandung wajib baca)

Assalamualaikum…

.Entri kali ni ku tujukan kepada ibu-ibu yang sedang mengandung di luar sana, khususnya buat sahabat2 aku yang telah disahkan mengandung..Selamat memasuki fasa pertama..Alhamdulillah..semoga tabah dalam menghadapi hari-hari yang sukar

pada trimester pertama.. Bagi yang baru pertama kali mengandung, mungkin masih tiada ilmu atau maklumat mengenai penjagaan kesihatan semasa mengandung,  bolehlah merujuk entri ini @ entri yang berada di luar sana… Bak kata orang, maklumat berada di hujung jari….Haaaa…apa gunanya internet kalau tidak menggunakan untuk kegunaan diri sendiri…kan..kan..OPpss..sebelum terlupa, aku nak share sikit, gambar di bawah adalah tablet yang aku ambil semasa mengandung..Aku tak boleh makan tablet yang di beri oleh pihak hospital sebeb tak sesuai bagi aku…Aku mengalami masalah sembelit ketika mengambil tablet 4 serangkai ni…Sesapa yang mengandung mungkin tahu tablet ni…Tablet new obimin ni kita just makan sebiji jerk, 1 biji tablet obimin = 4 biji tablet dari pihak hospital..So, u all blh lah pilih mana yang u all sesuai ambil ekk…

Semoga info mengenai Asid Folik ini dapat memberi sedikit sebanyak input yang berguna untuk tatapan anda . Berikut aku kongsikan maklumat ini..

Khas buat ibu-ibu yang kini sedang membawa kandungan.

Amalkan pemakanan yang sihat bagi memenuhi semua keperluan tubuh anda dan juga bayi di dalam kandungan. Antara keperluan utama bagi ibu-ibu ini adalah Asid folik (folic acid).

Asid Folik memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi seiring dengan pembesarannya. Asid Folik juga adalah untuk tumbesaran otak bayi. Asid Folik ini merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.

Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan Asid Folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan Asid Folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi, bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor untuk mengambil vitamin dan Asid Folik yang diberikan.

Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Menurut kajian, pengambilan Asid Folik dapat membantu mencegah kemungkinan kecacatan ini 50% ke 70% daripada ianya berlaku. Allah SWT yang menentukan semuanya tetapi usaha kita mengamalkan pencegahan dan doa kita untuk anak di dalam kandungan juga perlu ada.

Asid Folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnya bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tidak dapat disingkap) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan Asid Folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan Asid Folik boleh didapati samada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan Asid Folik atau dengan pil Asid Folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 hingga 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan Asid Folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan Asid Folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

Sumber-sumber Asid Folik

Makanan berikut mengandungi Asid Folik:-
barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.
Risiko kekurangan Asid Folik

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

1. Sakit disekeliling mulut.
2. Sakit lidah.
3. Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
4. Anemia.

Kesimpulan:

Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Asid Folik boleh didapati di mana-mana farmasi.

 

 

 

 

Festival Pelamin & Rias Pengantin Tahun 2011 Di Kuala Terengganu

Hai ….aku baru balik dari breakfast lah…sampai2 terus taip kat blog ni..Takut nnti bila keje @amanat2 dari bos dah sampai atas meja…tak sempat plak nak buka..so sementara belum ada lagi…aku curi sikit masa untuk post blog ari ni…Ari aku nak share pasal Festivel Pelamin & Rias Pengantin dimana baru-baru ni berlangsung di seluruh Malaysia, tapi sebab aku duk & bekerja di Terengganu, so aku cite apa yang berlaku kat cni jelah…Sebenarnya, kawan opis aku ni, terpilih untuk jadi model pakaian pengantin masa Festivel tu..Kalau tak kerana member, tak de gak aku gi, sbb “crowded” giler tmpat tu.. Almaklumlah bagi pasangan yang merancang nak kawin memang sesuai g tempat ni..leh gak survey2 baju,survey pelamin, survey pakej yang di tawarkan…Tak ketinggalan juga bagi mereka yang bekeluarga, boleh cuci2 mata…Bukan apa, pelamin yang diaorng dispaly tu mmg cantik sangat lah…siap aku tangkap gmbor…Baju pengantin die pun cantik2..Tapi harga mmg tak yah ckp lah mahal gak ,itu pun selepas di beri diskaun still lagi RM 1,000 ke atas untuk satu baju…Untuk sewa pun blh gak..Tapi untungnya masa festival ni, bagi yang ada butik pengantin, diaorg boleh beli baju pengantin untuk tambahan bagi koleksi pakaian pengantin diaorg dengan harga yang murah.. Sebab masa pembekal bagi diskaun gile2 punyelah… Ada sekali tu, masa model sedang catwalk dengan pakaian pengantin, DJ siap bagi tahu harga sebenar baju RM 1,900.00, tapi dengan adanya festivel ni, pembekal beri diskaun sampai RM 500.00…So baju tu di jual dengan Harga RM 1,400.00…Kira bagus juga lah festivel yang di anjurkan ni. Mereka menyasarkan jualan hampir RM 500,000.00 berbanding tahun lepas hanya RM 300,000.00 sahaja…Oklah aku nak upload gambar2 semasa berada di sana…Jenguk2 lah ek..

Ha, ni pelamin ala2 arab skit

Ha, ni plak tema merah putih, sesape yang berkenan leh lah sewa pelamin mcm ni

Ni pun nice juga…sofa die bleh buat tido laaaa

Ni tema biru putih…sejuk jek mata memandang … continue reading this entry.

Hargailah Isteri Anda Sebelum Terlewat

Assalamualaikum sahabat di luar sana..
Di sini aku ingin mengupas sedikat isu berkaitan suami isteri..Tapi tajuk yang biasa terpampang di dada akhbar sekarang ni ialah mengenai penderaan terhadap isteri…Wahai para suami..di mana sifat kasih sayang anda? di mana ketulusan hati anda…di mana sikap prihatin anda? di manakah semuanya…Adakah sifat2 tersebut hanya untuk di awal perhubungan… Bila sudah jemu, di layan sang isteri bagai binatang,tidak berperikemanusiaan….Di dera sehingga luka & lebam seluruh anggota badan..ada yang patah tulang selangka, patah pinggang..bagi yang mengandung…anak di dalam kandungan meninggal akibat di tendang oleh si ayah…Bila aku terbaca dalam paper, kadang2 rasa tersentuh dengan penderitaan para2 isteri..Kadang2 aku jadi takut kalau2 terjadi dalam kehidupan kita sendiri… Aku selalu mohon semoga rumah tangga kami sentiasa di limpahi kebahagiaan, kasih sayang sehingga ke ahir hayat kami..  Amin…
Di bawah ni ada sedikit kata2 untuk di renung2kan….
Mulianya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka……
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak…

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .
Bila dia lihat suaminya susah payah merentasi  titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

“Wahai Tuhan…
ku tak layak ke syurgamu …
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…
kamilah hamba yang mengharap belas darimu …..
“Ya Allah…
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia”…….
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): “Wahai manusia! Ucaplah ‘Laa ilaaha illalLah’, kamu pasti berjaya!”
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
“Laa ilaaha illallah!” x 10

Doa buat S.U.A.M.I ku

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihanMu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu Ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu